Monday, February 22, 2010

DAGING PRUN




SALAM..............
resepi asal dari kak hanieliza,resepi saya ambil dari dapur kak ummi.memang sedapppp,buat kawan2 di luar sana,rugi kalau tidak mencuba......




Bahan A:-

*
600 gm daging (dipotong nipis)-saya guna daging rusa
*
1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
*
5 sudu besar sos tomato
*
4 sudu besar kicap pekat
*
2 sudu besar cili mesin
*
2 sudu besar rempah kari
*
4 sudu besar minyak
*
1/2 cawan air
*
Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris):-

*
4 ulas bawang putih
*
10 ulas bawang merah
*
2 inci halia

Cara Memasak:-

1.
Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
3.
Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
4.
Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
5.
Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani. (*akak makan dgn nasi beriani...ngeee)



4 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Maria, lamanya tak bersinggah sini...Akak sihat...? Sedapnya daging prun itewwwww

sonata anak kancil said...

salam...sedapnya..nak mintak C & P...TK

salamdariborneo said...

to sue...
alhamdulillah,akak msihat.akak pun dah lama tak jengah ke rumah sue,bz lately ni...

salamdariborneo said...

to sonata....
wsalam,boleh c7n p je resepi tu,memang untuk dikongsi bersama.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails