Monday, February 22, 2010

DAGING PRUN




SALAM..............
resepi asal dari kak hanieliza,resepi saya ambil dari dapur kak ummi.memang sedapppp,buat kawan2 di luar sana,rugi kalau tidak mencuba......




Bahan A:-

*
600 gm daging (dipotong nipis)-saya guna daging rusa
*
1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
*
5 sudu besar sos tomato
*
4 sudu besar kicap pekat
*
2 sudu besar cili mesin
*
2 sudu besar rempah kari
*
4 sudu besar minyak
*
1/2 cawan air
*
Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris):-

*
4 ulas bawang putih
*
10 ulas bawang merah
*
2 inci halia

Cara Memasak:-

1.
Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
3.
Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
4.
Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
5.
Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani. (*akak makan dgn nasi beriani...ngeee)



Friday, February 19, 2010

BERKELAH DI MAHUA WATERFALL




SALAM......
ini adalah aktiviti kami sefamili pada hari isnin yang lepas,sempena cuti CNY.pergi berkelah di mahua waterfall,tambunan bersama kawan2.kitaorang pergi 3 family........perjalanan 80 km mengambil masa lebih kurang 2 jam(kalau laju mungkin 1 1/2 jam pun boleh samapai) dari kota kinabalu.first time jumpa air terjun yang cantik dan tinggi macam ni(55 kaki).sejukkkk sangat airnya.........jom layan pic2 semasa di sana.




mesti ada makan2 kan,pot luck masing2 bawa.





abang long yang kesejukan.......





aktiviti kanak2 riang....

Wednesday, February 17, 2010

APAM PISANG



SALAM.............

bertemu kembaliiiii.................apam pisang untuk bf pagi ni.dah 2 hari berturut2 buat,permintaan my kids..............bekalan untuk abang long ke sekolah hari ni.resepi saya ambil dari dapur mek siam(si ika).resepi asal dari CMG.

APAM PISANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus (mat guna gula perang)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair (mat guna 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang (optional, resipi asal tak letak)
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
4. Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

Saturday, February 13, 2010

SOTONG GORENG TOMYAM




SALAM.............
resepi dari majalah mingguan wanita.........

bahan-bahan
500 gm sotong
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
2 sudu pes tomyam
2 sudu sos ikan
1 tangkai daun selasih
2 helai daun limau purut
sedikit kicap pekat
garam dan gula secukup rasa


bahan yang saya tambah
-carrot
putik jagung


cara membuatnya
-sotong di celur dan ditoskan airnya
-bawang putih dan cili padi ditumbnuk kasar
-cili merah dan cili hijau dihiris halus
-tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan cili padi,setelah itu masukkan sotong,pes tomyam,sos ikan,sos tiram.masukkan cili hijau dan kicap pekat,gaulkan dan terus angkat.
-sedia untuk dihidangkan.

Thursday, February 11, 2010

DAGING SAMUDERA


>




SALAM.....
resepi asal dari lelayong tapi saya ambil resepi dari dapur kak ummi.izinkan saya c&p di sini ye......


bahan-bahan
* Daging batang pinang (lela buat untuk 2 org makan) - akak buat 400 gm.-saya guna daging rusa
* Kicap (akak letak 1/4 cawan)
* Cuka (akak letak 2 sudu makan)
* Sedikit gula (akak letak 1 1/2 sudu makan)
* 1/2 sk. serbuk lada hitam (ni akak saja tambah)
* 1 sudu besar sos cili Thai (ni pun akak tambah)
* 3 sb. minyak masak

Cara-Cara:-

1. Potong daging nipis dan lebar. Basuh dan toskan.
2. Perap daging bersama bahan2 di atas selama 30 minit atau lebih.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging tadi sehingga kering dan naik minyak dengan menggunakan api sederhana besar. Kacau balik selalu....Angkat dan hidangkan.

(* Akak merajinkan diri, goreng bawang besar dan cili merah sebelum goreng daging. Angkat dan ketepikan. Kemudian campurkan ke dalam daging yang telah masak tadi dan kacau rata...so, lebih perisa rasanya dan wangi)

Monday, February 8, 2010

KUIH SERI MUKA PELANGI



SALAM.....
ini adalah late N3 sebenarnya....sebab seri muka dah abis pun,buat hari khamis last week lagi.biasa la kan bzzz kunun,jadi lambat pose N3.sambil2 melayan FB....berchatting dengan abbot dan member sekolah dulu yang dok di UK nun,akhirnya siap juga seri muka pelangiku itew.resepi asal dari kak hanieliza tapi saya ambil resepi dari dapur kak ummi,minta halal ye saya c& p resepi di sini.maaf juga buat kak hanieliza sebab saya campurkan pulut hitam sikit,al-kisahnya rupa2nya beras pulut saya ada 1 1/2 cawan ja,nasib baik ada beras pulut hitam sebagai penyelamat.maka jadilah seri muka pelangi ku yang berpulut hitam........

KUIH SERI MUKA PELANGI
Bahan:- (akak guna loose pan saiz 8 inci)

Lapisan Bawah:-

* 2 1/2 cawan santan cair
* 2 cawan pulut - dibasuh dan direndam 3 jam -saya guna 1 1/2 cwn beras pulut

biasa + 1/2 cwn beras pulut hitam
* 1 sudu teh garam

Lapisan Atas:-

* 2 cawan santan pekat
* 1/2 cawan tepung kastad
* 1/2 cawan etpung gadnum
* 1 biji telor
* 3 sudu makan gula pasir
* sedikit garam
* (beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat paste)-saya guna pewarna merah dan kuning sahaja


Cara-Cara:-

1.
Lapisan Bawah :- Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2.
Apabila telah masak, angkat dari kukusan dan mampatkan pulut dengan menekan2 pulut (akak gunakan penekan kek lapis dialas dengan plastic bag). Biar betul2 padat.


3.
Lapisan Atas:- Bancuhkan kesemua bahan lapisan atas kecuali pewarna. Kacau sebati dan tapiskan.
4.
Bahagikan adunan lapisan pelangi (atas) kepada 4 mangkuk. (*akak bahagi 3 sahaja - lebihkurang 1 cawan setiap 3 bahagian).
5.
Masukkan setiap mangkuk dengan beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat berasingan, kacau masing2 hingga sebati.
6.
Letakkan semula loyang berisi pulut tadi di atas kukusan. Lapiskan dengan lapisan hijau dan kukus selama 10 minit.
7.
Buat lapisan seterusnya hingga habis. Kukus setiap kali selama 10 - 15 minit. (*untuk lapisan terakhir akak kukus lebih lama lebihkurang 20 - 25 minit).
8.
Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
9.
Hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Sunday, February 7, 2010

KERABU SOTONG BERSUHUN





SALAM.........
Selamat berhujung minggu buat semua,buat kerabu sotong ni ikut resepi kerabu tomato pada n3 yang lalu.

Friday, February 5, 2010

IKAN MASAK CUKA





SALAM........
kali buat ikan masak cuka,ikan ni adalah pemberian dari kawan my hubby....sebenarnya kitaorang pergi kenduri,nak balik tu dia tapaukan kami lauk kenduri.yang lain dah habis makan.nasib baik ikan ni dorg goreng ja,jadi keesokannya saya buat masak cuka.kalau nak sedap lagi biarkan semalam,baru best.....

bahan-bahan
ikan yang telah digoreng

bahan yang dihiris
bawang merah
bawang putih
halia

halba/biji sawi
cuka
bawang besar-di belah 4
cili api @ cili besar
gula
garam
serbuk kunyit

cara membuatnya
-tumis bahan yang dihiris bersama halba @ biji sawi hingga garing
-masukkan air,cuka,serbuk kunyit,garam dan gula
-bila mendidih,masukkan ikan,bawang besar,cili api
-sesuaikan rasa,sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, February 3, 2010

AYAM MASAK MADU





SALAM...................

resepi ambil dari blog mamasyipah,resepi asal dari CMG.thanks buat kedua-duanya,izinkan saya c&p di sini ya.

BAHAN-BAHANNYA :


500 g ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

3 camca besar cili merah

6 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

(*kisar halus)

2 camca besar cili sos

3 camca besar madu

1 camca teh serbuk lada hitam

2 biji cili merah, hiris serong

1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)

Garam secukup rasa

Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-

1.Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan.

Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama

2.Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak,

masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.

3.Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan

hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat .

4.Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.

Angkat dan hidangkan.

Monday, February 1, 2010

ASAM PEDAS HARUM






SALAM........
emmm..............memang harum sesuai dengan namanya.tak rugi mencuba.resepi dari CMG,halalkan saya c&p kat sini ye.

bahan-bahan

1 kepala ikan duri (ikan mayong), dipotong - saya guna ikan teggiri ja
1 kepingan besar daging ikan duri, dikerat 2
1 biji terung biru, kupas sedikit kulit, belah dua dan kerat serong - saya guna terung bulat
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
2 batang serai, dititik
1/2 cm lengkuas, dititik
1/2 cm halia, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap 1 kuntum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)

Cara-cara

Ikan mayong dicuci bersih, perap dengan limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan.
Dalam periuk, panaskan minyak, tumis halia, lengkuas, serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan tadi. Tambah daun kesom dan bunga kantan. Masukkan jus asam jawa, garam dan sedikit gula. Bair mendidih dan masukkan terung.
Masak hingga terung lembut dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker