UPDATE !!!!!!!!!!!
Assalamualaikum...
selamat berpuasa buat semua dan selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
bertemu kembali setelah lama menyepiiiiiiiiii,dah banyak perubahan dengan kehidupan kami sekeluarga.dari berempat dah jadi berlima.sekarang bukan lagi bersiaran dari kota kinabalu tapi dari ampang,selangor.dah lama tak update blog,bukannya apa MOOD kurang sikit.....masa preggy tak boleh nak ngadap PC atau lappy lama2(pening la pula).sekarang ni masa agak terbatas nak ngadap PC sebab dah ada si baby anaqi yang comel tu..............hehe.hari ni ada kesempatan nak update blog,selalunya lepas subuh terus buat sekut raya....ok la next time saya cerita tentang kelahiran baby anaqi pula,banyak nak cerita sebenarnya ni....itu pun kalau ada kesempatan.akhir kata selamat menyambut hari raya aidilfitri,maafkan segala kesalahan dan jika ada termakan,terminum minta dihalalkan ye....
WASSALAM......
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, June 29, 2010
KEK LABU MANIS
bahan-bahan:
bahan A
4 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
280 gm gula halus
bahan B
250 gm tepung gandum
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
bahan C
400 gm labu( boleh dikurangkan ke 3oo gm jika maukan kek yang kering sikit)
80 gm walnut
cara membuatnya:
-pukul telur hingga pekat,masukkan guladan pukul lagi hingga kembang.
masukkan minyak dan pukul rata.
-masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata.akhir sekali masukkan bahan C campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam acuan 9 inci dan bakar selama 50 - 60 dengan suhu 170c.

Sunday, June 27, 2010
DOUBLE BERRY CHEESE CAKE
SALAM....................
kek yang amat mebelesss,rugi kalau tak mencuba.dah 2 biji saya buat,sambutan amat menggalakkan dari kawan2...........resepi hasil dari saya kerajinan saya menggeledah dapur CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g cream cheese
150 g mentega
3/4 cawan gula halus (mat kurangkan sikit)
3 biji telur gred A'
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan susu segar
4 camca besar blueberry filling
4 camca besat strawberry filling
Sedikit "snow powder", untuk hiasan (jika suka)
CARA MEMBUATNYA :-)

- Panaskan oven pada suhu 175C, sapu bundt-pan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ratakan dan ketuk keluar lebihan tepung (dalam gambar mat guna acuan silicone). Ketepikan.
- Putar mentega, cream cheese dan gula halus hingga kembang. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu, jangka waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu. Buat hingga habis.
- Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Isi 1/3 adunan ke dalam bundt-pan, sudukan strawberry filling, ratakan dengan chopstick. Kemudian, masukkan 1/3 lagi adunan dan sudukan pula blueberry filling, ratakan juga. Akhir sekali tutup dengan lebihan adunan, ratakan.
- Bakar 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Lepas 55 minit, periksa kek dengan mencucuk lidi sate di tengah2 bahagian kek, jika keluar bersih, kek pun dah masak. Jika belum ok, sambung membakar hingga kek masak. Sejukkan kan sepenuhnya atas jaringan. Ayak "snow powder" atas kek sebagai hiasan...
Thursday, June 24, 2010
IKAN TEMOLEH MASAK GULAI
hasil pancingan my hubby dan rakan2 semasa dorg ke kalabakan,resepi saya ambil dari rumah kak inakl.minta halal ye kak saya c&p disini
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan temoleh-di bersihkan dan diperap dengan air limau kasturi bersama garam - bilas dan toskan.
- 10-15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 2 batang serai di titik
- 1 helai daun kunyit di siat-siat
- 1 cawan santan pekat
- 1/2 cawan santan cair
- garam secukupnya
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit minyak untuk menumis
- 1 sudu makan jus limau kasturi.
1. Tumbuk lumat atau kisar cili api bersama kunyit hidup dan halia. Serai dititik.
2. Panaskan minyak dan tumis serai dan masukkan bahan tumbuk/kisar dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan santan cair.
4. Kacau selalu dan biarkan mendidih baru dimasukkan santan pekat.
5. Kacau lagi dan biarkan mendidih baru dimasukkan ikan temoleh tadi.
6. Masukkan garam bersama daun kunyit dan gaul sebati dan perasa dulu garam dan biarkan 10 minit atau sehingga ikan masak.
7. Masukkan jus limau kasturi dan padamkan api.
8. Bolehlah dihidangkan.
SAMBAL BELACAN KUININ
jangan jemu tengok n3 yang berderet2 ni,nampaknya malam ni dah boleh pos n3.......akhirnya dapat juga melepaskan keinginan nak makan sambal kuinin (orang kedah panggil konen,orang sabah panggil mangga wani) ni.tapi mahal arr kat sini.kat KK ni 1 biji rm 1 tapi hari tu jalan2 ke sipitang dapat la 4 biji rm 1.
KUIH LOPES
SALAM.......................
syukur alhamdulillah,akhirnya berjaya juga pos n3 kat sini.tak tau naper tak leh nak pos n3 2,3 hari ni.tensionnnnnnnn dibuatnya.walwupun masakan saya ni,biasa2 ja nak juga pos kat sini.hehe..........buat ni dah lama,masa kawan hubby dari kangar,perlis datang ke rumah tempohari.masih lagi menggunakan manisan tebu sebagai pencicah.jom tengok resepinya.....
bahan-bahan
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
5 helai daun pandan
kelapa parut (putih sahaja)
secubit garam
pencicah tu boleh cicah dengan gula melaka yang dicairkan,manisan tebu
cara membuatnya
-basuh beras pulut
-blender daun pandan bersama santan cair-dapatkan 3 cawan
-masak beras pulut bersama air daun pandan dengan api sederhana,kacau hingga masak
-sejukkan sekejap,bungkuskan pulut dengan daun pisang
-kukus sehingga masak
-biarkan sejuk,potong dan boleh la digolek kedalam kelapa parut yang dikukus sekejap.
-sedai untuk dihidangkan.
Sunday, June 20, 2010
ASAM PEDAS IKAN KELAH
setelah 2,3 hari berhempas pulas mengupload gambar ,akhirnya berjaya juga.entah kenapa susah benar nak upload gambar kat sini.tapi rasanaya kawan2 yang lain tak de masalah kan....ok la jom layan asam pedas ikan kelah ni,
bahan-bahan
-1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
-4 ulas bawang merah-ditumbuk
-3 ulas bawang putih-ditumbuk
-2cm kunyit hidup-ditumbuk
-1 btg serai dititik
-3 btg daun kesum
-1 bunga kantan-dibelah dua
-1/2 mangkuk kecil air asam jawa
-3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
-1 1/2 mangkuk kecil air biasa
-garam dan gula (ikut rasa)
-minyak masak
-sedikit belacan
Cara-cara
-Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
-Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
-Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
-Masukkan ikan, garam.sesuaikan rasa,bila masak boleh la dihidangkan.
Tuesday, June 15, 2010
KEK BUTTER PANDAN
SALAM.........................
buat sebagai kudapan semasa bercuti semalam,semalam kitaorg pargi bercuti ke keningau-tenom(gambar insyaallah,saya akan upload kemudian).kek yang memenuhi citarasa kanak2 riang,selalu asyik nak makan kek coklat ja.resepi dari ambil dari blog kak ida bakery.kak ida minta halalkan ye,saya c&p di sini......
250 grm butter or dulu2 guna marjerin ajee..hehe
p/s saya copy sebiji2 dari blog kak ida.hehe...............

250 grm gula halus
...250 grm telur - jgn tanya berapa biji - pecahkan telur tu baru timbang ,jgn kau orang timbang kulit telur lak ya...nie pun tak faham susah teman nak ajor nie..hehe
250 grm tepung naik sendiri
1 st esen pandan
1st pandan paste
almond untuk hiasan or kelapa kering
caranya :-
-pukul gula + butter hingga putih
-masukkan telur - putar sekejap
- masukkan tepung - putar hingga sebati ya..
akhir baru masukkan esen pandan n pandan paste,
kalau nak ada belang2 putih, simpan sikit adunan putih sebelum
letak pandan paste n esen pandan tu ya...lepas tu masuk leee dlm
loyang ikut suka bentuknya..tabur lee almond or kelapa kering kalau suka. bakar mcm biasa api bawah sajee suhu
lebih kurang 180 = 40 minit, or cucuk lidi dah licin kira dah masak lee tu
selamat mencuba ya...rupa memang tak cun tapi rasa walaaaaaaaaaaaaaa
p/s saya copy sebiji2 dari blog kak ida.hehe...............
KEK MARBLE TRIO
SALAM......................
ini n3 tertunggak juga,buat masa tunggu my hubby balik dari kalabakan tempohari.sebenarnya baru balik bercuti ni dari keningau dan tenom,sambil2 mengemas rumah dah mencuci kain baju....ambil mood + berehat sebentar dengan mengadap lappy.esok akan berjalan lagi ke kundasang pula.........kek marble trio,memang sedappp.resepi dari CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

- Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
- Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
- Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
- Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Saturday, June 12, 2010
KARI DAGING LANDAK
SALAM..............................
haaaaa,janagn terkejut pula dengan tajuk n3 kali ni.....ini bukan saya yang masak,ini sebenarnya masakan kawan my hubby semasa dorg ke kalabakan baru2 ini.aktiviti dorg di sana memburu sambil memancing,ini antara hasil yang diperolehi oleh dorg.saya pun tak pernah merasa daging landak lagi..........entah lah macam takleh nak masuk ja.menurut my hubby rempah untuk kari ini disediakan terlebih dahulu oleh wife kawannya,cuma masukkan santan dan daging ja semasa memasak .sedap juga katanya daging landak tu.....

Friday, June 11, 2010
CARAMEL CHEESE PUDDING
SALAM....................
bertemu kembali setelah sekian lama menyepikan diri.....................tuan rumah hilang MOOD nak berblogging dan berFB.hari ini kiranya ada masa dan MOOD pun datang kembali,jadi kesempatan ni nak pos la n3 caramel cheese pudding ni.masak tetap masak,nak post n3 je yang malassssss.ini sebenarnya menu tertunggak.kes nak menghabiskan cream cheese.jumaat lepas buat 2 biji carrot cake,sebiji bawa ke tempat kerja,sebab ada kawan2 nak merasa carrot cake saya.......sebiji lagi untuk makan2 dan habuan member2 opis hubby juga.resepi dari yani MYR,disebabkan saya takleh masuk MYR,jadi terpaksa la menaip........memang yummy puding ni.rugi tau kalau tak mencuba..............
bahan-bahan(4 orang)
=karamel
70 gm gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam
=puding
180 gm cream cheese
70 gm gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450 gm susu segar
1 sudu besar jus lemon
cara -cara membuatnya:
-sediakan karamel:panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
-pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil di pukul sehingga sebati.(tak perlu kembang)
-panaskan susu sehingga hampir mendidih.kemudian tuang ke dalam no 2 tadi.kacau sekata.
-tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karemel tadi.
-alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.bakar dengan suhu 160c selama 40 - 45 minit.
-sejukkan sebelum di hidang.
mama sibuk buat benda lain,tengok2 dah ada orang potong sambil nyanyi lagu happpy besday....................
ini carrot cake......

Wednesday, June 2, 2010
KETAM MASAM MANIS BORNEO
SALAM KAWAN2 SEMUA.........
alahmdulillah,bertemu kembali........nak share resepi dapat dari bapa saudara yang dok nun jauh di aloq setaq.
bahan-bahan
4 ekor ketam-sederhana besar
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah* -bahan bertanda * ditumbuk
1 inci halia*
2 biji cili merah -ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - dihiris
1 biji telur(optional)
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 biji limau kasturi @ limau nipis
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukupnya
minyak secukupnya
cara membuatnya:
-cuci ketam dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.ketepikan sekejap.
-goreng ketam dan ketepikan.
-guna minyak yang sama,tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.masukkan cili merah,sos cili,sos tomato dan sos tiram.boleh masukkan sedikit air jika suka.
-pecahkan sebiji telur dan kacau lagi.sesuaikan rasa.
-bila hampir masak,masukkan bawang besar .tutup api dan perahkan limau kasturi tadi.
-sedia dihidangkan.
Monday, May 31, 2010
PULUT BAKAR
SALAM..................
Ini adalah menu wajib yang dihidangkan oleh my MIL kalau kitaorang balik kampung.kalau sebelah utara panggil kuih ni pulut bakar,tak pasti pula tempat lain apa panggilannya.cicah dengan manisan tebu yang dibeli di TAMU kota belud,emmmmm.....sedapnya.selalu kalau my MIL buat bentuknya macam bentuk abuk2 tu,ini versi saya yang nak cepat.
bahan-bahan
- 3 cawan beras pulut
- 3 cawan santan
- garam secukup rasa
- secubit gula
- beberapa helai daun pandan
- daun pisang secukupnya
Cara-cara
-
cuci beras pulut dengan air suam -
masukkan santan+garam+daun pandan+gula - masak didalam periuk dengan api sederhana,masak sehingga pulut masak.
-
bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya -
ambil 3 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang -
gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya -
letak atas api dan balik2kan hingga garing -
makan ketika masih panas-panas dan ciah dengan madu lebah,susu pekat manis pun boleh.saya cicahkan dengan manisan tebu.
Thursday, May 27, 2010
NASI AYAM IPOH
SALAM.................
ini menu hari sabtu lepas.memang sedap nasi ayam ipoh ni.............resepi asal dari quinine MYR.saya copy dari dapur kzaihttp://dapurcomelku.blogspot.com/
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- *BAHAN NASI*
- 4 mug beras
- 4 1/2 mug air rebusan ayam
- 2 inci halia*
- 3 biji bawang putih*
- 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 helai daun pandan
- 4 sudu mentega
- *BAHAN AYAM*
- 1 ekor ayam
- 3 biji bawang putih*
- 1 inci halia*
- 3 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
- *BAHAN SUP*
- air secukupnya
- 4 bawang putih diketuk
- 3 inci halia di hiris
- 3 helai batang bawang
- 1 biji sengkuang dipotong dadu
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- *BAHAN CILI*
- 10/15 biji cili burung
- 6 biji cili merah
- sedikit halia (ambik dari rebusan)
- 5/6 biji bawang putih
- 1 biji limau kasturi/nipis
- sedikit air dari air rebusan ayam
- garam n gula secukupnya
- *BAHAN KICAP*
- 5 biji cili burung
- sedikit halia (ambik dari rebusan)
- 4/5 biji bawang putih
- kicap secukupnya
- air rebusan ayam secukupnya
- tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
- *BAHAN HIASAN*
- tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.
Tuesday, May 25, 2010
MEE KARI
SALAM........
ini sebenrnya N3 tertunggak.masak mee kari 2 minggu lepas lagi,terlupa nak N3.layan gambor je la....
ini sebenrnya N3 tertunggak.masak mee kari 2 minggu lepas lagi,terlupa nak N3.layan gambor je la....
Friday, May 21, 2010
KUIH MASALODE AKA VADE
SALAM...................
resepi ambil dari rumah kakton........http://darirumahkakton.blogspot.com/
resepi ambil dari rumah kakton........http://darirumahkakton.blogspot.com/
resepi kuih vade
bahan2
1. 2 cawan kacang dal, direndam semalaman supaya lembut
2. 1 biji bawang besar
3. 3 biji cili kering dihiris halus (kalau nak pedas, leh tambah)
4. 3 tangka daun kari dihiris
5. sedikit jintan manis/putih
6. garam secukup rasa
7. 3 sudu tepung gandum
cara2
1. Blend kacang dal tanpa air. Jangan risau kalau ada yg tak hancur...memang sepatutnya camtu pun...
2. Blend bawang besar, cili kering dan jintan. Kalau tak nak blend, boleh potong2 je bwg dan cili...Kak ton blend sebab anak2 tak makan kalau ada nampak bawang dan cili tu..habis dikorek dan buang...
3. gaul sebati semua bahan, tepung dan garam.
4. bentuk2 kan bulat leper dan goreng dalam minyak panas (kasi tenggelam dlm minyak tu).
*** kak ton bentukkan dan goreng terus...Bila agak2 dah masak sikit, baru terbalikkan...
jika tak, kuih akan berderai...Dan mesti deep fried supaya tak berderai...
Thursday, May 20, 2010
KEK LOBAK MERAH BERKRIM KEJU
SALAM......................
disebabkan di sini,sana,sinun asyik menayangkan carrot cake.akhirnya kita pun dah terkena virus carrot cake.tapi virus yang baik kan,disebabkan carrot cake ni la baru saya perasan yang saya ni lama sudah tidak membakinggggggggggg.saya guna resepi masa pergi kelas memasak dulu2 masa di kangar,perlis.jom kita tengok resepinya....
bahan-bahan
bahan A
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
350 gm gula halus
bahan B
250 gm tepung gandum
3/4 sdudu kecil soda bikarbonat -diayak
11/2 sudu kecil baking powder
bahan C
400 gm-420 gm lobak merah
80 gm walnut-dicincang
cara membuatnya
-pukul telur hingga pekat kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.masukkan minyak dan pukul hingga rata.
-masukkan bahan B kedalam bahan Adan gaul hingga rata.akhir sekali masukkan bahan C dan campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam loyang dan bakar mengikut suhu oven masing2.
-sejukkan dan hiaskan dengan krim keju.
ini sebelum dihiaskan dengan cream cheese
krim keju
125 gm cream cheese
50 gm mentega
75 gm gula icing
1 sudu besar pati oren(sunquick pun boleh)
cara membuatnya
-pukul keju hingga berkrim dan masukkan mentega,gula ,oren dan pukul hingga sebati
selepas dihiaskan dengan cream cheese

Wednesday, May 19, 2010
NASI GORENG CINA
SALAM.........
Resepi dari buku SENANGNYA MEMASAK...........NASI bersama chef hanieliza......
bahan-bahan
bahan A
1 mangkuk besar nasi sejuk(diperoi)
2 biji telur
100 gm udang
100 gm sayur campur-boleh digantikan dengan kacang buncis dan lobak merah
1 pokok daun bawang-dipotong pendek
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
bahan B (ditumbuk)
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
cara membuatnya
1.panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi
2.masukkan telur dan biarkan sebentar.
3.apabila sudah separuh masak,kacau supaya hancur sedikit.
4.masukkan sayur campur dan udang.kemudian kacau rata.
5.masukkan nasi dan garam.kacau rata dan tutup api.
6.masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7.angkat dan hidangkan.

Monday, May 17, 2010
STEAM COKLAT BLOSSOM
SALAM................
SELAMAT HARI GURU diucapkan buat semua pendidik2 di luar sana.buat untuk sarapan pagi semalam.saya punya ni versi coklat terlebih sudah..........resepi dari kak fida MYR.
bahan-bahan
140 gm gula halus
160 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk ovalette
2 biji telur - gred A dari peti sejuk
110 gm susu sejat
1 sk choc paste
coklat chips secukupnya
cara membuatnya
-masukkan kesemua adunan,pukul hingga kembang dan pekat.
-sediakan acuan,masukkan 1 sudu adunan,isikan coklat chips dan tutupkan semula dengan 1 sudu adunan lagi.
-kukus selama 10-15 minit.

Friday, May 14, 2010
KEK COKLAT KUKUS
SALAM....
nak kongsi resepi kek coklat kukus............
bahan-bahan
1 cawan serbuk koko(kadang2 saya guna 3/4 cawan + 1 sudu teh nescafe)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
2 penutup botol esen vanila
1 1/4 cawan tepung gandum
cara membuatnya
-campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat dan minyak dalam periuk.kacau perlahan dan masak hingga sebati.ketepikan seketika.
-pukul hingga kembang dan masukkan dalam bahan yang dimasak tadi.
-gaul rata adunan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati.
-tuangkan dalam loyang dan kukus selama 45 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)