Thursday, June 25, 2009

NASI LEMAK




SALAM......
buat untuk bf hari ni ,my hubby & anak2 minta nak bawa bekal juga ....sedappp katanya.makan dengan sambal hati ayam,untuk anak2 buatkan ayam goreng berempah.resepi nasi lemak dari k fida MYR......

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
500 g beras
santan secukupnya - drpd 1 biji kelapa
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa
Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
sambal tumis
ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
timun yg dihiris
kacang tanah goreng
kangkung goreng dan lain2 ikut selera

Cara-cara
-Kisar bahan2 yg bertanda *.
-Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 kisar,daun pandan dan serai.
-Tuang secukup santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
-Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.


2 comments:

Kamsiah said...

akak suka nasi lemak kukus..

salamdariborneo said...

nasi lemak kukus memang sedap kan kak,tapi saya yang M.nak2 kalo awal pagi tu,masak macam biasa ja la.......

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails