Sunday, June 28, 2009

NASI MINYAK HUJAN PANAS & THE GENG


SALAM....
menu hari ni,atas permintaan abang long......nasi hujan panas dia panggil.tertunailah hasrat abang long hari ni,setelah lebih 2 minggu dia minta saya buatkan nasi hujan panas.hari ni sebenarnya kerja petang tapi macam biasa la saya suruh kawan tolong buatkan kerja saya tu.jadi dapatla saya tunaikan permintaan abang long,lepas ni nasi beriani pula dia suruh buat....tunggu dulu ye nak (next week pula kot).selalu dia cerita hari jumaat sebelum pergi sembahyang jumaat abah bawa dia pergi makan nasi hujan panas @ nasi beriani di wisma muis.......tapi yang kesiannya hari jumaat lepas nasi kegemaran dia dah habis,tapi ok la hari ni dia dah dapat makan kat rumah.bukan main happy lagi bila dihidangkan dengan makanan kesukaan dia ni....lauk sampingannya ayam masak merah,kurma ayam & jelatah.

nasi hujan panas resepi dari makyong MYR

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
-Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
-Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
-Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
-Masukkan beras dan gaul rata.
-Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
-Masaklah nasi sehingga masak
-Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
-Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka




AYAM MASAK MERAH resepi dari love2cook - MYR
yang ini lauk untuk mama & abah...walaupun baru buat hari jumaat lepas,hari ni buat lagi sebab nak gu dengan nasi hujan panas tu.mula2 ingat untuk mama & abah nak buat dalca tapi M la pula,jadi buat juga ayam masak merah ni...yang hari tu resepi dari mak.

bahan -bahan
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong sederhana besar. (perap bersama garam dan serbuk kunyit)
Bahan diblend bersama:-
12 tangkai cili kering (dididih bersama air)
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
---------------------------
2 biji bawang besar (potong bulat)
bahan tumis 4 sekawan
4 sb puri tomato - saya gantikan dengan sos cili
100ml susu cair- saya gantikan dengan santan
garam minyak masak
kacang peas - saya tambah

Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ayam hingga cukup masak, tos dan ketepikan.
-Tumis bahan yang telah diblend tadi hingga pecah minyak. Masukkan bahan tumis 4 sekawan.
-Masukkan puri tomato dan gaul sebati. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi. Kacau sebentar.
-Tambah susu cair, perasakan dgn garam
-Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati...biar sebentar dan padamkan api.
-Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.







kurma ayam resepi dari MYR

Bahan-bahan ( 4 orang )
Ayam setengah ekor
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
2 biji bwg besar
Penumis (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & bunga cengkih)
Serbuk kurma adabi
Serai
Santan
Minyak untuk menumis
Cili hijau @ merah
Tomato
4 biji buah keras (ditumbuk)

Cara-cara
-Panaskan minyak, tumis bahan kisar (bwg merah, bwg putih ) dan rempah ratus hingga naik bau.
-Masukkan serbuk kurma dan buah keras.
-Masukkan serai, kentang, bawang besar dan ayam.
-Masukkan sedikit air dan garam.
-Tunggu sehingga ayam dan kentang sedikit empuk, barulah masukkan santan.
-Lastly,..masukkan tomato dan cili hijau @ merah.




jelatah...

2 comments:

Anonymous said...

Nasi minyak orang kawen ni jarang2 dapat makan.. sekali dpt pakej mcm nie puas hati makan nie..

salamdariborneo said...

kalau time coti bole le masak mcm ni,kalo time kerja tu simple2 ja.....

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker