Saturday, February 28, 2009

SINGGANG SOTONG



SALAM......
lauk untuk dinner malam ni....simple dan cepat untuk disediakan.resepi sudah semestinya dari MYR.....dari knor(orang ganu kite).malam ni ingat nak p dinner kat luar tapi hujan terpaksa la masak & makan kat rumah........ni la resepinya

bahan-bahan:
500 gm sotong
3 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai-diketuk
3 keping asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam & gula
air terpulang ikut banyak mana nak kuahnya

cara membuatnya:
-bersihkan sotong,potong ikut citarasa dan toskan airnya.
-blend cili,bawang & kunyit hingga halus
-masukkan air dan bahan2 yg telah di blend ke dalam periuk,masukkan lengkuas,serai,asam gelugur dan belacan.
-masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong,daun kesum,garam & gula secukup rasa.
-biarkan mendidih seketika dan padamkan api.
-bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

3 comments:

Ainazli said...

tak pernah cuber lagi nie, singgang sotong, 1st time dengar..nanti boleh la cuber..tp sendiri makan laa..zz kalu sotong suka masak pedas, goreng tepung n goreng kunyit jer..yg lain mintak maaf lerrr..

mummyalyssa said...

ye la kak..kite pon tak penah try lagi sotong singgang ni...bleh try nnt...

salamdariborneo said...

ain n seri...akak pun mula2 tgk resepi ni pelik gak...tapi bila dah try sedap rupanya.....

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails