Saturday, February 21, 2009

KEK LABU BERKRIM KEJU



SALAM.....
tadaaaaaaaa,ini la hasilnya selepas main masak2 dengan anak2....apa taknya main masak2 sebab dorg mengacau aku.selalu ok ja dorg ni tak pernah lak kacau aku....kalau nak tahu sebabnya.....ini la sebabnya hsbnd aku pergi dinner (ofis) dia jd apa lagi dorg ni ambil kesempatan la.kalau dengan mamanya tak makan saman dorg.tapi ok la akhirnya berjaya jg aku menyiapkan kek ni...
resepi ni belajar dari kak timah jg masa kat perlis...resepi asal adalah kek carrot tapi sengaja aku mengginakan labu...nak test power labu lak...ok jg sedapppppppppp
ini la resepi nya.....

bahan2
bahan A

4 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
280 gm gula halus

bahan B
250 gm tepung gandum
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder

bahan C
400 gm carrot(labu pun boleh)
80 gm walnut(aku guna badam cincang)

cara membuatnya:
-pukul telur hingga pekat,masukkan guladan pukul lagi hingga kembang.
masukkan minyak dan pukul rata.
-masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata.akhir sekali masukkan bahan C campurkan hingga sebati.
-masukkan dalam acuan 9 inci dan bakar selama 50 - 60 dengan suhu 170c.
-sejukkan dan hiaskan dengan krim keju.

krim keju

125 gm cream cheese
100 gm mentega
150 gm gula icing
1 sudu besar pati oren(sunquik pun boleh)

cara membuatnya:
pukul keju hingga kembang dan masukkan mentega,gula dan oren dan pukul hingga sebati.bolehlah di hiaskan di atas kek.

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker