Thursday, February 12, 2009

KEK ASAM MANIS




SALAM....
Hari ni cuti...duduk kat rumah sorang2 boring pula.setelah siap semua kerja rumah termasuklah meruntuhkan bukit kain baju yg utk dilipat & di iron,jadi misi seterusnya membuat kek dan biskut.....gambar biskut nanti kejap lagi pula.resepi kek ni ambil dari majalah mingguan wanita edisi khas aidilfitri.....ini la resepinya.........

bahan-bahan
1 1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula halus
2 sudu besar susu pekat
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh esen pisang
5 biji telur grade A
2 1/2 cawan tepung gandum
asam gambir secukupnya

cara membuatnya
-pukul gula dan butter hingga kembang
-kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus di pukul
-tambahkan susu pekat dan esen perisa pisang
-diikuti dengan tepung yang di ayak bersama serbuk penaik
-masukkan 2 senduk adunan ke dalam loyang.ratakan.kemudian susun asam gambir di atasnya sehingga penuh.
-buat selapis demi selapis menggunakan kaedah yang sama.tutupdengan adunan terakhir.bakar hingga masak.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails