Thursday, February 19, 2009

KUIH BAKAR PANDAN


SALAM......
buat untuk breakfast hari ni.....hsband siap minta bekalkan untuk dia pergi ofis.
resepi dari zana08 MYR......mudah disediakan dan sedap bangat.......




bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula(saya guna 3/4 cawan ja)
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit pewarna hijau
bijan sebagai hiasan-jika suka

cara membuatnya:

-masukkan semua bahan2 ke dalam blender kecuali bijan
-blender hingga sebati
-sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalam loyang.
-taburkan bijan (jika suka)
-bakar selama 40 minit pada suhu 180c / hingga masak

SELAMAT MENCUBA

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails