Saturday, April 18, 2009

CUCUR JAGUNG




SALAM....
menu yang sama dengan ika....mungkin kebetulan atau adakah aku & ika sehati sejiwa(hehehehe....ikaaaaaaaaa naper menu kita selalu sama).tadi lepas masak terus buat cucur ni...utk minum petang.habis masak merempit jap kat blog kengkawan terus nampak cucur jagung ni kat umah ika.....posing pun lebih kurang sama,cam ner leh jadi macam ni ek....sebelum ini kes baby bread puding yang sama....terkena virus dari knor.ni pun virus dari knor gak...tak pe kan knor virus yang baik.....berbalik pada cucur jagung ni memang sedap,best sangattttt,lain dari yang lain.haaaa kalau nak rasa buat la sendiri ...hehehe resepinya....



Bahan-bahan ( 3 - 4 org makan )

1 cawan isi jagung
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak untuk menggoreng


Cara-cara
-Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
-Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
-Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
-Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
-Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..








2 comments:

D'Rimba said...

Aduh sedapnya hantarla sini haaaaaa

salamdariborneo said...

tunggu...kejap lagi sampai la cucuq jagung nih...hahaha

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails