Thursday, April 30, 2009

UDANG GORENG TEPUNG


SALAM...
Menu hari ni ...request dari abg long,resepi dari kak fida MYR.malas nak cerita panjang2 ,susah hati sebenarnya ni....pertama kunci kereta tertinggal dalam kereta- macam mana boleh jadi macam niii.arghhh ni sebab nak cepat tadi....nak masak untuk dorg,hari ni dah terpaksa jadi menteri pengangkutan pula...ambil anak2 sekolah sebab my hubby kena kerja sampai jam 12 tengah malam ni(tadi pun nampak kat opis LHDN tu macam pasar malam ja ramai org...haa tu la last minute baru kelam kabut....eh ke situ pula membebel ye.ni tengah berfikir macam mana nak bgtau my hubby.....ok la ni resepi udang celup tepung .....



Bahan-bahan ( 4 orang )
500 g udang - buang kulit dan tinggalkan ekornya dan bersihkan,tos
1/2 sk serbuk lada sulah*
1/2 sk minyak bijan*
1/2 sk garam*
1/2 sk gula*
1 sb tepung jagung*

Bahan2 tepung utk menyalut udang :-
2 cawan tepung naik sendiri
1 sk garam
1 sk serbuk perasa ayam
1 sk serbuk lada sulah
air secukupnya utk membancuh tepung
2 sb minyak masak
(bahan2 tepung disatukan dan kacau hingga sebati)
Minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara
Satukan bahan2 bertanda * dan gaulkan pada udang dan perap 1/2 jam.
Celupkan udang dlm adunan tepung.Ekornya tk pyh dicelup tepung.
Goreng udang dalam minyak yg telah dipanaskan dulu.Goreng hingga salutan tepung keemasan.Angkat dan toskan minyaknya.
Siap untuk disajikan.




No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails