Tuesday, March 3, 2009

BIHUN HAILAM



SALAM....
menu malam ni ....bihun hailam(resepi dari mak).ini kes terover tidur hari ni.....macam biasa balik dari kerja malam ...mengemas rumah dulu,tidur dari jam 11.30 hingga la jam 3.30 petang,ha pastu apa lagi sibuk nak memasak lagi....last2 buat bihun hailam la senang& cepat disediakan....layan jer.ni la resepinya.....

bahan-bahan
1/2 packet bihun
4 ekor sotong
12 ekor udang (sederhana besar)
bawang putih-diketuk
lada hitam-ditumbuk
sawi
carrot
lada sulah
sos tiram -secukup rasa
kicap pekat manis-secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis

cara membuatnya
-tumis bawang putih,masukkan air,sos tiram,kicap,lada hitam.
-biarkan mendidih sebentar masukkan udang & sotong
-masukkan carrot,bihun perasakan dengan garam jika kurang masin n last sekali masukkan bihun,lada sulah & sawi.
-sedia untuk di hidangkan.sedap dimakan dengan lada kicap.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails