Wednesday, March 18, 2009

SUP IKAN MERAH



SALAM.....
menu hari ni...sup ikan merah,ikan yg dapat masa mancing hari tu.resepi dari MIL

bahan-bahan
2 ketul ikan merah
3 ulas bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih-dihiris
1 inci halia-dihiris
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai-diketuk
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji kentang
suhun secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup

cara membuatnya
-bersihkan ikan dan ketepikan
-tumis bahan2 dihiris & bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis & serai hingga garing
-masukkan air secukupnya & kentang
-bila mendidih masukkan ikan,suhun,lada hitam & garam secukup rasa
-tutup api dan masukkan daun sup,sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba


2 comments:

:-) said...

best nya..mintak

salamdariborneo said...

nak makan datang le sini....ada lagi ikan merah tu...hehehe...

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails