Thursday, March 5, 2009

BISKUT COKLAT CHIPS




SALAM.....
buat biskut ni untuk door gift besday adik......selalu buat biskut ni.resepi dari k nor MYR......

bahan-bahan
180 gm mentega
90 gm gula castor
100 gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200 gm tepung naik sendiri
160 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100 gm coklat chips
120 gm badam cincang(guna sunflower seeds pun boleh)

cara membuatnya
-ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam.sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap,tapi jangan sampai hangus.
-pukul mentega dengan kedua2 gula hingga gebu/putih.masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
-masukkan bahan2 yang telah diayak tadi dan gaul hingga sebati.masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul hingga sebati.
-sudukan keatas loyang yang telah digris.jarakkan sedikit antara satu sama lain.
-bakar dengan kepanasan 180c selama 20 minit.


SELAMAT MENCUBA


2 comments:

Ainazli said...

bak 1 door gift tu..hehehe..puteri tanya "apa itu"

salamdariborneo said...

ain...memang akak nak bagi si pu3 1 tapi ......mula2 cikgu bgtau budak2 16 org...tgk2 tadi 20 pula(tmasuk budak trnsit)jd semua tu utk dorg ja la......

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails