Friday, March 6, 2009

KETAM MASAK KICAP



SALAM.....
lauk untuk dinner semalam.....ketam ni fresh & murah lagi beli kat kudat ,1 kilo rm 5.kalau kat KK maunya rm 13 nih......hsbnd beli masa pergi out station kat kudat.sebenarnya teringat masakan mak kat kampung tu yang buat ketam masak kicap ni...dulu2 masa kecik2 kalau dapat ketam ni la masakan mak....mungkin masa kecik2 tak leh makan2 pedas2 kut jadi senang bagi mak kalau buat masak kicap ja....resepinya senang ja......

bahan-bahan
2 ekor ketam
2 ulas bwg merah-dimayang
1 ulas bwg putih-dimayang
sehiris halia
1 labu bwg besar
daun sup
kicap pekat manis(kipas udang)

cara membuatnya
-ketam dibersihkan,gaul dgn garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak .ketepikan.
-guna minyak goreng ketam tadi juga,tumis bwg merah,bwg putih & halia.bila garing masukkan ketam,kicap & sedikit air(ikut kehendak masing2 tapi kalau kering2 baru sedap).
-biarkan sekejap.....masukkan garam jika kurang masin.masukkan bwg besar & daun sup.
-sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails