Wednesday, March 11, 2009

PENANG CHAR KUEY TEOW


SALAM.......
buat utk dinner semalam.....resepi dari che iza yg dok nun jauh di negeri perlis,indera kayangan

bahan-bahan ( 2 org)
UNTUK PASTE
200 gm udang
250 ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis
2 sk garam(kalau dah masin kurangkan 1 sk)
1 sk gula

UNTUK MEE
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai dan taugeh
2 biji telur

cara membuatnya
-UTK PASTE-rebus udang dgn air.bila udang hampir masak ,angkat udang dan toskan airnya.air rebusan jangan buang....
-campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi,renih hingga menjadi paste yang agak pekat.matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah di simpan dalam fridge.
-UTK MEE-tumis cili kering (di kisar)hingga garing.masukkan dalam 4 sb paste tadi.masukkan udang yang telah direbus tadi & kerang.tambahkan 1/2 cawan air.
-bila air mendidih masukkan kuey teow,kucai ,taugeh & kacau rata.pecahkan telur,kacau dan bolehlah di angkat.proses memasak dalam 3-4 minit ja,pastikan api kuat semasa memasak.

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker