Wednesday, March 4, 2009

NASI GORENG SARDIN


SALAM....
Menu breakfast hari ni....masih panas2 lagi ni,baru ja siap memasak...macam biasa la sebelum makan mesti snap gambar dulu.selalu balik kerja beli ja makanan tapi hari ni rasa nak makan nasi goreng pula....belek2 resepi nampak nasi goreng sardin ni macam sedap...apa lagi terus cuba,bahan2 pun senang.resepi dari mama-lya MYR.......layan jer..........resepinya

bahan-bahan
1 pinggan nasi
1 ketul sardin tin
5 biji cili api
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sb sayur campur
segenggam ikan bilis
1 sb bawang goreng
garam secukup rasa
1 biji telur untuk menghias
daun bawang

cara membuatnya
-tumbuk bawang dan separuh ikan bilis bersama cili
-panaskan minyak,goreng separuh lagi ikan bilis tadi
-bila ikan bilis dah garing masukkan bahan tumbuk.kacau hingga naik bau.
-masukkan sayur campur,kacau lagi sampai sayur agak layu
-masukkan sardin yang sudah dihancurkan.kacau lagi.
-masukkan garam,nasi kacau sekata.
-last sekali masukkan bawang goreng dan daun bawang .gaul lagi.
-siap.boleh letak telur dadar yang dipotong sebagai hiasan.


SELAMAT MENCUBA

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails