Saturday, March 14, 2009

PAI TEE




SALAM......
buat pai tee hari ni......ni kes ngences tengok pai tee kat rumah kzai.masa kat kangar dulu pai tee ni kitaorg panggil singa popeye(sepatutnya ...cara sebutan tu macam ni......singapore pai).tengok kat umah kzai terus teringat nak buat...sebabnya nak pecah dara acuannya juga.masa balik kampung bulan 11 hari tu pergi pekan rabu beli acuan pai tee & apam balik.jadi hari ni pecah dara sudah acuan pai tee aku tu....resepi ambil kat MYR dari zaliana.ni la resepinya...

Bahan-bahan ( 25 biji )
KULIT PAI:
1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
125 ml air
2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
Acuan pai tee

INTI:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
1/2 sudu teh garam
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun

********
1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
Sos pencicah


Cara-cara UNTUK KULIT PAI:
-Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
-Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
-Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya
-Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

UNTUK INTI:
-Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
-Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
-Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.


4 comments:

Ainazli said...

nie sama ker mcm kat chiken rice shop tu? selalu makan kat situ, n ader set dia mcm sama jer ngan popoye singa nie!

salamdariborneo said...

ain....nanti akak buat lagi ,pastu bagi ain rasa.....nanti baru bole ain compare ngan kat chicken rice shop tu.....akak tak penah makan kat situ uwaaaa

salamdariborneo said...

ain...akak guna sos yg ain bagi hari tu...sedap wei,nanti kelik kelate kirim 1 botol leh?

Ainazli said...

boleh ja..sos tu antara yg pemes kat kelate gitu..cicah ngan popia..sedapnyerrrrrrrrrrrr..tp kalu yg jenis bakar2 cam kambing bakar ker..sos tu nanti perahkan ngan asam limau..sedappppppppppppp tuuuuuuuuu

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails