Saturday, May 16, 2009

ACAR IKAN LOBAK MERAH



SALAM....
menu hari ni....acar ikan lobak merah...resepi semestinya dari MYR....


Bahan-bahan ( 4~5 orang )
5 ekor ikan
1 btg lobak merah- hiris kecil memanjang
1/2 batang timun- hiris kecil memanjang
1/2 biji bawang besar- dihiris
garam kunyit
2 ulas bawang putih-hiris nipis
1/2 cawan cuka
sedikit ais asam jawa
garam gula secukup rasa

Cara-cara
-Rendam lobak merah, timun dan bawang besar dengan cuka.
-Bersih ikan. Lepas tu letaklah garam kunyit.
-Goreng ikan dalam minyak banyak sehingga garing. Bila dah masak tu angkat dan letaklah di atas kertas tisu. Biar minyak kat ikan tu menyerap kat tisu.
-Buang minyak dalam kuali yg diguna untuk goreng ikan tadi. Tinggalkan sikit minyak kat kuali lebih kurang 1~2 sudu besar.
-Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
-Sejatkan lobak merah, bawang dan timun tadi. Cuka yg lebih tu buang je lah.
-Bila yg dalam kuali dah mendidih. Masukkan yg no.6 tadi ke dalam kuali. Tambahlah garam dan gula.
-Bila dan cukup rasa tu. Boleh padamkan api. Jangan masak terlalu lama.. nanti sayur tu dah tak ranggup.




No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails