Friday, May 22, 2009

BINGKA UBI KAYU



SALAM....
ubi kayu lagi kan...jangan jemu ye kalau datang sini asyik2 ubi kayu.buat bingka ni sebab nak menghabiskan baki ubi kayu yang buat lepat hari tu....resepi dari kfiza-MYR ....jemput makan semua.....saya buat sikit ja ..jadi bahan2 tu pandai2 ejas sendiri ye..

Bahan-bahan ( loyang 4 segi 9"x 9"x 3" )

2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
2 1/2 cawan gula pasir
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
sagu dari ubi kayu

Cara-cara
-ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
-kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
-setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
-air dari perahan tadi yg terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
-setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
-kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
-tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
-bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak.



No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails