Saturday, May 2, 2009

MIHUN GORENG TOM YAM





SALAM....
ini masakan yang dibawa pergi picnic semalam bersama ain,halen & azira.resepi dari knor MYR.....


Bahan-bahan ( 7 org makan )
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
300gm udang
200gm isi ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - diketuk sedikit
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
1 biji telur
3 helai daun limau purut - dicarik2kan
sayur kobis - di potong pjg (halus)
carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
2 biji tomato - dihiris nipis2
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
daun saderi


Cara-cara
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
-Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
-Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
-Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan.
-Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
-Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
-Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails