Monday, May 18, 2009

IKAN SINGGANG SERANI


SALAM......
menu malam ni,resepi dari MYR- CMG.Sedapppp...pekena pula dengan sambal belacan mangga...fuhh terangkatttt........



Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )
2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua
2 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
1/2 cm lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat)
1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
2 batang serai, dititik
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya
1 kiub ikan bilis "Maggi"
Sedikit garam dan gula (kalau suka)
1 camca besar minyak utk menumis

Cara-cara
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih.
-Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
-Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan.






sambal belacan mangga...

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails