Friday, May 8, 2009

KEMBUNG MASAK KUALI


SALAM...
menu dinner semalam...resepi dari che iza(MYR)


Bahan-bahan ( 3-4 org )
1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru, selar @ tongkol pun sedap).
4 sudu besar lada boh / cili giling
* 3 biji bwg merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 btg serai
1 sk halba
1/3 cwn santan pekat
2 sb air asam jawa
garam, gula and perasa

Cara-cara
-Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
-Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau.
-Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
-Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.
-Siap utk dihidang. Selalunya saya suka mkn lauk ni keesokan hari, lagi sedap.




No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails