Tuesday, May 26, 2009

LAKSA


SALAM...
atas permintaan mamatiara ..ini la resepi laksa yang saya buat hari tu.tak pasti la laksa penang ka laksa kedah.....rasanya resepi ni tak ada yg istimewa sama ja dengan resepi2 yang lain.resepi ni dari ibu saudara my hubby...

bahan-bahan
10 ekor ikan selayang aka tamban aka basung
15 biji cili kering*
1 biji cili besar*
1 labu bawang besar*
6 ulas bawang merah*
sedikit belacan*
asam keping secukupnya
daun kesum secukupnya
bunga kntan secukuopnya
air secukupnya
garam secukup rasa

1 bungkus laksa

bahan hiasan
1 labu bawang besar-dihiris nipisseparuh bulat
1 biji timun}
daun selom }dipotong halus
nenas}
telur direbus
limau kasturi-dipotong

cara membuatnya:
-rendam laksa hingga lembut kemudian rebuskan hingga lembut dan ketepikan.
-rebus ikan dengan asam keping .kisar sehingga halus,tapis dan buangkan tulangnya.
-kisarkan bahan2 yang bertanda * dan masukkan kedalam periuk.masukkan air,asam keping , garam dan masukkan ikan yang telah dikisar tadi.
-masukkan bunga kantan,daun kesom ke dalam periuk tunggu sehingga mendidih.
-bila sudah masak,masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tabur bahan2 hiasan dan tuangkan kuah laksa keatasnya.
-sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

mummyseri said...

kak..sblum ni kalo seri nk mkn laksa beli je kat putatan tu makcik semennjung yg wat..rasanyer bolelah..penah gak wat tapi tak terrer mcm akak..pasni bleh copy resespi nih..menyelerakan laksa akak nih:)

salamdariborneo said...

seri,akak kalo beli ni ...tak berapa sebab rasanya kureng,baik buat sendiri.nanti kalo akak buat lagi boleh la jemput seri.....

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails