Tuesday, May 5, 2009

MUFFIN COKLAT


SALAM....
menu utk bekal sekolah abang long esok....hari ni kerja petang,sampai ja rumah terus buat muffin ni,sebenarnya abg long suruh buat apam coklat tapi dah selalu buat ..jadi tukar menu pula,esok baru tau apa komen dia sebab sekarang dia dah tidur.muffin tu masih panas2 lagi tu...jemput makan.....thanks yani sudi kongsi resepi...



Bahan-bahan ( 10 biji )

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

-Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
-Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
-Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
-Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
-Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
-Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
-Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.







No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker