Tuesday, May 12, 2009

ROTI JALA BERINTI SARDIN


SALAM.....
menu breakfast hari ni....resepi dari kak ummi-MYR.

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Bahan Inti:-
1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
1 labu bawang besar - dadu
3 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara Untuk Roti Jala
- Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

Untuk Inti
- Panaskan minyak, tumis aja lah bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan. Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.




No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails