Monday, May 11, 2009

IKAN KERAPU KUKUS


SALAM....
menu hari ni,ikan kerapu kukus...resepi dari CMG - MYR.thanks CMG share resepi ni memang sedap dan menepati citarasa kami sekeluarga.ikan ni adalah hasil pancingan dari my hubby.resepi asal guna ikan siakap tapi saya guna ikan kerapu ja......sedapppppp




Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula*
1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
2 batang serai, dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara
- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
-Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
-Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.
- Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
-Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.














2 comments:

halen said...

uishhh kak maria nmpk sodap lorrr ikan kerapu tu. sy pun steam ikan jgk smlm hehe.. klu my hubby tgk husb akak pancing dpt ikan ni mau dia panas ati tu hehe

salamdariborneo said...

halen...next time gader2 kita masak sendiri nak...ikan steam resepi CMG tu best bangat...

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails