Saturday, May 23, 2009

KUIH KERIA


SALAM....
buat untuk bf pagi ni....tapi terlebih gula pula kat luar tu...hehehe.apa pun habis juga di ngap...resepi dari syahmi - MYR

Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2 )

500gm ubi keledek putih
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara
-Rebus ubi keledek hingga empuk.
-Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
-Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
-Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
-Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
-Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
-Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
-Didihkan gula hingga pekat.
-Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
-Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
-Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
-Jom kita makan.


2 comments:

mummyseri said...

kak ..nnt blehla copy resepi ni..penah wat tapi lmebik la plak...:)

salamdariborneo said...

bole je seri...memang untuk dikongsi pun.tapi kalau dah buat tu jgn lupa hantar sini sikit ye...hehehe

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails