Monday, January 18, 2010

KERUTUP IKAN CENCARU




SALAM.......
semalam saya cuba masak kerutup ikan,resepi asal dari ANIS'S DIARY.resepi asal guna ikan merah tapi saya guna ikan cencaru.kak anis minta izin copy & paste resepi tu di si ni ye........

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 ekor ikan merah sederhana besar ( dilumur dengan garam kunyit dan digoreng ikut citarasa)-saya guna ikan cencaru
2 senduk cili kering dikisar
3 biji cili merah *
5 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2-3 biji buah keras *
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
sedikit belacan *
5 batang serai dititik
2 helai daun limau purut dihiris agak halus
air asam jawa secukupnya
garam, gula dan sebuk perasa

Cara-cara membuatnya:

1. Kisar bersama bahan bertanda * dengan air asam jawa.
2. Tumis cili kering kisar hingga terbit minyak, masukkan bahan-bahan kisar dan gaul sebati. Tumis lagi hingga garing.
3. Masukkan serai yang dititik dan hirisan daun limau purut. Gaul sebati hingga berbau wangi.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Bila bahan tumisan sudah mesra, masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan di atas api seketika.
5. Alhamdulillah, siap dan boleh dihidangkan dengan nasi panas.

4 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam...Emm sedapnya...Len kali mcm blh cuba buat juga ni..Klu Akak guna ikan cencaru, may be saya blh tukat ke ikan kembung pula pasal tak pandai nak buang kulit ikan cencaru tu...

salamdariborneo said...

nenie.....wsalam.ikan kembung pun ok rasanya....

nurindah said...

salam kak maria,
wah, sedap je nampak ikan beralas daun pisang tuh. goreng ya, kak? lapar nih. hihi

JC said...

Salam Maria
AWeiiiii ikan cencaru...I panggil ikan jaket hihih...memang best bakar kan....lama I tk mkn...kt sini tarak ikan cencaru...InsyaAllah balik Msia next year bole mkn puas2

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails