Saturday, January 2, 2010

ASAM PEDAS IKAN DAN NENAS




SALAM..........
menu hari ni,resepi asal dari CMG.memang best resepi ni.............ikan hasil pancingan my hubbby semalam,ikan pari.

Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )
3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan. -saya guna ikan pari
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia *
1 keping hirisan lengkuas*
3 biji buah keras*
Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara-cara
-Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan
-Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
-Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
-Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
-Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.




Hasil pancingan semalam,walaupun sekor tapi berbaloi2..............

6 comments:

blogresipi.com said...

kami ni kadang2 konpius yg mana satu pari yg mana satu ketuka..tp yg pancing sendiri mcm tu memang sedap sebab fresh dan isi pun manis...

LOVE2COOK said...

Whoaaaa...looks delicious! Love dah bawak bekas...nak tapau kari sikit..ikan takmo..hehe ;)

azah said...

salam maria..semlm baru akak makan ikan pari bakar..tapi beli saja, sebab utk lunch t/hari, dah lewat balik dr sekolah...sedapkan ikan ni..kalau yg pancing sendiri lagi sedap tu..

salamdariborneo said...

ijan.....
kedua2 ikian tu sama rupa kan.menurut suami akak,ikan ketuka saiznya besar tapak tangan ja tapi ikan pari ada berbagai jenis spt pari lalat dan saiznya besar mencecah berkilo2 kan.

salamdariborneo said...

love......
bawa bekas kecil ke besar untuk tapau tu?

salamdariborneo said...

to kak azah......
ikan pari bakar pun best kan kak,cicah lak dengan air asam perghh sedapnya.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails