Monday, January 4, 2010

DORAYAKI




SALAM.....
ini menu bf semalam,atas permintaan abang long yang asyik menyebut nak makan dorayaki.jadi mama dia ni buat la....letak inti kacang hitam ja.semua dia makan,sampai nak ambil lunch.resepi dari skyblue MYR.


Bahan-bahan ( 10 biji )
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla

Inti:1½ cawan kacang merah yg manis -saya guna inti kacang hitam

Cara-cara
-Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
-Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
-Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
-Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
-Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
-Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.
-Bagi yg tinggal kat Jepun, boleh guna sup kacang merah ini, tambah sedikit tepung gandum dan panaskan untuk memekatkan nya. 3pkt x 180gm cukup untuk 10 biji.

6 comments:

Watierman said...

Dah Doraemon dah spread...merebak dah wabak Dorayaki.....Nak sikit...ada lagi tak???

salamdariborneo said...

aah kak.....actually dah lama dia minta.semalam baru berkesempatan,kesian dia.ala....dah habis la.

indahhouse said...

Salam kak maria,
berkenan tul ngan dorayaki nih. mesti sedap tu ;)

salamdariborneo said...

wsalam nur,hehe...tak cantik pun ....berkenan gak ke.buat la.....memang sedap.

E-na Zarina said...

nk jugakkkkkk!

salamdariborneo said...

to e-na zarina......
ala dah pinish la.next time ye.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails