Wednesday, January 6, 2010

APAM LENGGANG




SALAM...........
salam dan selamat pagi buat semua,dah sarapan ke?kalau belum jemput datang join bf apam lenggang dengan saya.tapi tak banyak dah yang tinggal.....siapa cepat dia yang dapat.kalau yang datang lambat tu kita bagi nescafe tarik ja la.pagi ni buat apam lenggang untuk bf dan juga sebagai bekalan untuk my hubby dan abang long.dah lama teringin nak makan apam lenggang,baru hari ni berkesempatan membuatnya.tengok abang long pun makan tadi,saya bagitau dia,ni dorayaki malaysia.saja ja nak tarik minat dia.resepi dari sofinar MYR...............

Bahan-bahan ( 10 biji kot )
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa

Cara-cara
- campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam (saya perap semalam)
-masukkan santan dan gaul lagi (santan saya masukkan pagi tadi masa nak buat)
-panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
-jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
selamat mencuba


10 comments:

jc said...

walaupun baru 1st time tgk & dgr about apam lenggang...tapi mcm tertarik gitu sebab nampak mcm lembut dan gebu jer ...mesti kena try ni

Watierman said...

Sedap2...tak pernah wat lagi...kalau jamah panas2 mesti 4 ke 5 keping ni...Abang suka...kalau yang garing kat tepi tapi membukit kat tengah tu....walla!

mummyseri said...

kak x penah makan la..bole gak wat sarap n bekal alyssa nnt nak try..

indahhouse said...

Salam kak maria,
first time nampak apam lenggang.kena perap jugak kak? rasa cam apam balik tak? nampak sedaaaaap jer. nak segulung..!

salamdariborneo said...

to jc.....
try jangan tak try,senang sangat nak membuatnya tu.

salamdariborneo said...

kak watie.......
kalau buat nipis2 tak membukit tu,tapi saya nak cepat pagi tadi.

salamdariborneo said...

seri...
aah sesuai buat bekal,cuba la mana tau alyssa suka.

salamdariborneo said...

to nurindah.....
nur dah abis,tu la lambat sampai.lain rasa dengan apam balik.

JC said...

Belum pernah makan masak lemak telur ikan..walaupun masak lemak ialah lauk kegemaran..very interesting...maybe bila balik Msia bole cuba..sebab kt sini bayang telur ikan pun tk pernah nampak

salamdariborneo said...

JC,hehe....ya la nanti balik msia boleh cuba makan telur ikan pula.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails