Monday, January 4, 2010

PAU KACANG HITAM





SALAM.......
pau ni untuk bf dan sebagai bekalan abang long ke sekolah pagi tadi.resepi dari CMG,memang lembut dan gebus sekali pau nya.lagi satu kan putih melepak ..........thanks CMG.



Bahan-bahan ( 10 biji )
UNTUK DOH:-
240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara-cara
-Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

-Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
-Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

10 comments:

CatlinaFly said...

salam pagi kak..lalu sini terus rasa nak gi makan lagi sekali hehehe :) happy new year..

Sue @ Nenie said...

Salam...
Bila tgk pau ni n kebetulan musim start persekolahan ingat citer masa kecik dulu..

Sebab kita selalu kena jaga sepupu (dia takut gi sek.)time msk sek rendah, jadi nenek upahkan pau inti kelapa+peanut tumbuk kegemaran kiteee...kih kih kih

LOVE2COOK said...

Gebunya pau akak nih! nyum nyum...My Hubby's fav red bean pau! :)

Watierman said...

Hrm...nak buat ke tak entah....macam tak berapa rajin tapi teringin pulak!!!

indahhouse said...

Salam kak maria,
kenyang budak2 tu makan pau. rajin sungguh mamanya ni. saya tak rajin nak nguli. huhu.

salamdariborneo said...

to catlina....
hehe,happy new year to u tooo.

salamdariborneo said...

nenie,kalau kat sini pau ada ijti kacang tanah tau.sedap juga.

salamdariborneo said...

love....
memang gebu mcam nama tuan empunya.ampun ye CMG.

salamdariborneo said...

to kak watie....
buat la kak,sedap tu.hehe....macam penghasut lak ye.

salamdariborneo said...

to nurindah.....
aah puas la hati dorg dapat makan pau.akak minta tolong cik berjaya ulikan tepung tu.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails