Tuesday, January 5, 2010

PAJERI NENAS




SALAM........
ini menu semalam,biasa la saya ni selalu lewat masuk N3.......tu la orang berblog,awak pun nak...........macam la sempat sangat kan.tapi bagi saya semua tu bukan masalah,yang penting saya happy dengan berblog ni.dapat ramai kawan,biarpun hanya di alam maya.resepi pajeri dari bonda terchenta,rasanya sama ja dengan resepi di luar sana.

bahan-bahan
1 biji nenas sederhana besar
1/2 biji kelapa
1 bungkus rempah kari daging BABAS
2 sudu makan udang kering-dikisar
4-5 sudu makan kerisik-ikut citarasa,boleh kurang @ tambah
daun kari
garam dan gula secukup rasa

bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

bahan tumis
4 sekawan

cara memasak
-bancuh rempah dengan pati santan.ketepikan
-tumis bahan tumbuk,bahan tumis dan daun kari sehingga garing dan masukkan rempah tadi.masukkan garam.
-masak sehingga pecah minyak.
-masukkan santan cair,udang kering,gula dan kerisik.biarkan sebentar.
-masukkan nenas dan santan pekat(agak2 ikut kepekatan yang dikehendaki).perasakan.masak hingga nenas masak dan sedia untuk dihidangkan.



6 comments:

Watierman said...

Sedapnya...dah lama tak makan ...tapi kat umah ni tak da yang minat...Akak nak tumpang kat umah maria..kata n3 semalam..alamat melepas juga la!

HaSue said...

Adoih kak.lapo lak nengok pajeri nih..sue suka ratah gitu jek..iskh2,kembang liuq.mintak sebelanga kak..nak rasa akak punya.heee

indahhouse said...

Salam kak maria,
Dah lama tak makan pajeri nenas nih. biasa makan time kenduri jer. syedap tu!

salamdariborneo said...

kak watie......
ala kak siannya dia.nanti next time kalau buat lagik saya jemput akak ya.

salamdariborneo said...

sue,kalau nak rasa masakan akak,jemput le ke sini.

salamdariborneo said...

to nurindah.......
aah selalu makan time kenduri ja kan.tapi kalau nak makan puas masak sendiri baru best kan.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails