Wednesday, August 12, 2009

BABY KAILAN WITH OYSTER SOY SAUCE





SALAM.........
ini menu dinner hari ni,resepi dari rabiatun MYR.emm sedap,my kids pun suka.


Bahan-bahan ( 1 family-5 orang )
6 batang pokok baby kailan
2 ulas bawang putih-dicincang
3 hiris halia-dicincang
3 sdb kicap manis
1 sdb kicap masin (kalau takde, boleh masukkan garam)
1 sdb nampla sos (optional-jika suka)
2 sdb sos tiram
1 sdk tepung jagung (dibancuh dengan 3 sdb air)
1/3 cawan air (jika nak banyak kuah, boleh ditambah)
1/4 batang karot (dihiris memanjang)
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan cili merah

Cara-cara
-Cuci baby kailan dan potong sedikit pangkalnya. Kemudian jerang air dalam periuk dan tambah 1 sudu besar minyak masak, biarkan ia mendidih.
-Susun baby kailan ke dalam penyejat aluminium, dan masukkan ke dalam air mendidih. Bila daunnya sudah agak layu, celup bahagian batangnya lebih sikit manakala bahagian daun diangkat ke atas sedikit. (Ini untuk jadikan sayur tadi masak sekata). Bila sudah lembut, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk sekejap dan toskan. Masukkan pula karot beberapa saat dan angkat, masukkan kedalam air sejuk, toskan. Buat asing2 karot dan kailan.
-Kemudian, susun baby kailan dan karot ke dalam pinggan.
-Tumis bahan cincang dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan wangi. Masukkan sedikit air, kicap manis, sos tiram, kicap masin dan nampla sos. Kacau seketika.
-Bila mendidih, masukkan air tepung jagung dan rasa masin manisnya. (Untuk resipi ni saya tidak tambah garam sebab ia sudah seimbang dengan gabungan pelbagai sos tadi). Masukkan cili merah, kacau seketika.
-Kemudian tuang kuah di atas kailan yang telah disusun dalam pinggan tadi. Siap dihidang.





2 comments:

Watierman said...

Salam maria...dah lama tak makan kailan ikan masin....sedap lak teringat ni!!

salamdariborneo said...

kak watie,itu memang peberet saya.tapi si teruna tak minat lak.huhu

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker