Wednesday, August 12, 2009

KARIPAP INTI SEDAP




SALAM.....
ini buat untuk bf pagi tadi,sesuai dengan namanya......emm memang sedap.tapi bab mengelim tu memang mok cik tak pandai la.ni first time mengelim hehe.resepi dari mak yung jepun,siapa lagi si hana la......

Bahan-bahan ( 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air

INTI
5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air

Cara-cara
-Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
-Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
-Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
-Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)




2 comments:

blogresipi said...

Sedap pulak karipap tue... comey2 je belake...

salamdariborneo said...

ijan,resepi tu memang sedap...tapi akak tak pandai mengelim.hehe

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails