Friday, August 7, 2009

SOTONG MASAK KUNYIT




SALAM...
ini pun menu hari ni....menu orang yang rasa nak makan macam2,hehe.layan ja la ahh.resepi dari hasue....

Bahan-bahan ( 2-3 Orang )
400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
2 Ulas Bawang Merah*
1-2 Ulas Bawang Putih*
1cm Halia*
4 cm Kunyit Hidup*
1/2 sudu kecil Belacan*
1 Batang Serai (dititik)
3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)

Cara-cara
-Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
-Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
-Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
-Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa.. *untuk rasa lebih enak,letakkan daun kunyit yang dimayang halus..
Selamat Mencuba.. ^_^




4 comments:

Watierman said...

Wau menariknya sotong itu!!!! Nak sama....

salamdariborneo said...

kak,datang cepatttttttttttt.jap lagi habis la sutun tu.

Anonymous said...

Sedapnye sutun!!!!!!!!!! potong2 cenggitu cantik ye kak... nak mkn nasik kat sini jer lah... kite dah bwk nasik sendiri neh.hehehe

salamdariborneo said...

ijan,ikut mil akak dia selalu potong sutun macam tu.ala dah habis la.nanti lain kali ek,kita picnic sama .hehe

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker