Tuesday, August 11, 2009

KEK PISANG LEMBAB




SALAM....
dah ramai yang cuba kek pisang lembab resepi dari CMG ni,saya pun berjangkit dengan virus kek pisang ni.hehe.memang sedap la kek ni.....lembab sesuai dengan namanya.resepi saya ambil dari umah hana......

bahan-bahan:
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

Cara-cara

-Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
-Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
-Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2. *klu wat cc cam hana, bakar 20-25minit.

-Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....





4 comments:

Watierman said...

Salam Maria...wah makan kek pisang yer....akak tak tau nak makan apa....tapi masak jugak...just malas nak update....dah sihat...tq yer!

Chik Mi said...

wah dah menjadi projeknya tu

Kakasma said...

boleh laa buat bile jumpa pisang nnti nie kan,bertambah rajin maria..tak mabuk ke dek???kalu tak mabuk alhamdulilah kan...

salamdariborneo said...

to kak watie....lhamdulillah akak dah sihat ye.



to chik mi.....projek memecahkan dara SM tu.hehe.



to kakasma.....buat la kak memang sedap kek pisang ni.alhamdulillah tak mabuk pula kali ni.lain yang sebelum ni,harap2 dapat la puteri idaman.hehe.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails