Thursday, August 13, 2009

IKAN TONGKOL GORENG KICAP





SALAM....
menu malam ni,resepi dari mak yong MYR....

Bahan-bahan ( - )
>>Bahan untuk rebus
Ikan tongkol
asam keping
lengkuas
garam
manisan/gula melaka
>> Bahan untuk goreng kicap
bawang besar-hiris
bawang putih- hiris
cili padi- hiris
kacang panjang
kicap
sos tiram

Cara-cara
-Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
-Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
-Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
-Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
-Sedap dimakan ketika masih panas-panas



2 comments:

Watierman said...

Sedapnya juadah tu maria...kalau ikan bawal hitam pun best jugak...kalau suap Reena mau nya 2 pinggan licin ni...!!

salamdariborneo said...

sesekali makan tak opedas ni ,ok juga kak.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails