Monday, July 13, 2009

APAM GULA MELAKA




SALAM...
Buat untuk sarap hari ni ....dan jadi bekalan ke tempat kerja & bekal abang long juga.gambar tak cun hari ni, tak sempat nak posing bagai sebab nak pergi kerja.resepi dari che iza MYR ,resepi ni sesuai untuk ibu2 yang bekerja sebab mudah disediakan.emm sedappp,makan pula dengan kelapa.memang best........

Bahan-bahan ( satu family )
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Cara-cara
- Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
-Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
-Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
-Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
-Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.



2 comments:

Watierman said...

Wah ni fav. akak ni selalu buat untuk bekfast...tapi tak makan dgn kelapa parut anak2 tak suka....tetap sedap ..rasanya kan!

salamdariborneo said...

kak watie,memang sedap apam ni...saya baru first time buat ni.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails