Wednesday, July 8, 2009

PAJERI TERUNG




menu hari ni,terung lebihan beli masa makan2 dengan member2 blogger hari tu.kat rumah ni tak da orang layan terung jadi saya sowang ja,cukup la 1 biji terung tu.reepi dari nadia MYR,jemput makan........

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
3 biji terung panjang
2 sudu besar rempah kari daging
2 cawan santan pekat
1btg kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
minyak untuk menumis
3-4 biji belimbing buluh(optional)
3-4 biji lada hijau(optional)
1/4 keping gula melaka
garam secukup rasa
3 sudu besar kerisik - saya tambah

Cara-cara
-Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
-Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
-Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
-Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
-Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
-Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.


3 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

blogresipi said...

Sedapnye pajeri terung.. kite terung selalu tak pandai sgt nak masak.asyik bakar mkn ngan sambal belacan jer... tak pun goreng sambal je.

salamdariborneo said...

pak karamu,terima kasih sudi singgah di sini.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails