Wednesday, July 1, 2009

IKAN MASAK TAUCU



SALAM....
menu semalam,ikan masak taucu.balik kerja pagi dah penat jadi masak yang simple2 ja...resepi dari minami MYR.

Bahan-bahan ( 4 orang )
2 ekor ikan (ikan pape pon bole)
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia(potong panjang2)
3 biji cili api(nak pedas tambah lg)
2 sudu besar taucu
air asam jawa
serbuk kunyit
minyak
garam
1 sudu besar gula
3 cawan air

Cara-cara
- goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit
sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu.
-masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. then, masukkan halia dan cili api.
-masukkan taucu dan kacau sekejap. masukkan air dan air asam jawa. tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin)
-setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.





No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails