Saturday, July 11, 2009

HONEY PRAWNS




SALAM....
menu hari ni,lebihan udang dari ustazah normi.apa2 pun memang sedappp resepi dri dayang ni.rugi tau kalau tidak mencuba,jadi apa tunggu lagi jom makan....resepi c & p dari dayangjack MYR.....

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara
-Kisar bahan2 bertanda *.
-Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
-Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
-Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat.
-Tutupkan api. Hidangkan.


5 comments:

zai@umiaiman said...

rsnya skrg ni resepi honey prawn ni paling glamer..

salamdariborneo said...

zai,betul tu...jadi bila lagi nak mencuba...kih kih kih

Azura Suhaimi said...

Kak, jgn habiskan tau. Tinggalkan 2 ketui jadilah.. Sedap tuh

Watierman said...

rajin betoilah anak pendang ni....

salamdariborneo said...

azura...dah abis pun,dah sampai ke indah water pun.hehehe.

kak watie...dok sini mesti rajin kalau tak makan pun tak berselera.masakan di sini lain ,tak kena dengan selera kita.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails