Wednesday, July 15, 2009

TELUR MASAK SAMBAL



SALAM di pagi rabu yang ceria.....
menu untuk berbuka semalam,resepi dari love2cook MYR.sesekali ubah selera pula makan telur masak sambal....memang sedappp.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
4 biji telur (direbus, buang kulitnye dan digoreng bulat2 dahulu) - Love tak goreng psal nak cepat...hihi
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
1 bawang besar - potong bulat
1 batang serai - diketuk
sedikit air (optional)
garam secukup rasa
minyak masak

Cara-cara
-Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
-Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
***Bg mrk yang minat telur goreng...boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan...;)

No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker