Wednesday, July 15, 2009

KARI SOTONG




SALAM.......
ini pun menu berbuka semalam,kari sotong dari yana MYR.


Bahan-bahan ( 2-4 orang )
6-8 ekor sotong (sederhana besar)
*1 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*setengah biji bawang besar
*2 hiris halia
satu tangkai daun kari
2 biji lada besar
2 sudu makan serbuk kari
satu sudu makan serbuk kurma
sedikit air asam jawa
secubit garam
1 sudu makan cili boh
1 batang kulit kayu manis
(bahan yang bertanda * di mayang)

Cara-cara
-Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama secubit garam.
-Apabila dah naik bau, masukkan kulit kayu manis, bawang putih, bawang merah, halia, cili boh dan daun kari. tumis hingga naik bau
-Kemudian, masukkan sotong dan serbuk kari serta serbuk kurma. tambah sedikit air jika perlu.
-Kacau dan terus tutup periuk untuk satu minit. (kecilkan api)
-Terus masukkan santan, lada besar dan kiub pati ayam. kacau hingga mendidih
-Masukkan gula dan air asam jawa secukup rasa.
-Bolehlah diangkat dan terus dihidangkan. ( pd sesiapa yg sukakan tomato blh jg dimasukkan sekali)

3 comments:

Watierman said...

Wah maria...best la..nak gi duduk sblh umah lah..dapat tompang hidu pun jd lah....dulu ada gak abg minta pindah gi MUKAH....sonyap jer..family semua dah bising...last2 masih di sini....

cikmanggis said...

Alamak..tadi masa singgah rumah Masz ada kari sotong..ni sotong lagi..sedapnya..tak tahan ni..lapar btol !

Azura Suhaimi said...

Sedap ye kak, kari sotong ni? x penah wat la.

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails