Saturday, July 18, 2009

AYAM GORENG BEREMPAH





SALAM......di malam minggu
ayam goreng berempah,selalu buat ni.....sedappppp.tapi kat rumah tak jalan kalau ayam tu salut dengan tepung ,jadi yang ini saya buat tak letak tepung.resepi dari noorsha MYR.


Bahan-bahan ( 3-4 orang )
6 ketul ayam (bahagian tulang lebih sedap)
* 1 biji bawang sederhana besar
* 2 biji bawang putih
* 1 batang serai
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit
* 1 inci lengkuas
* 1 batang cili merah @ 5 batang cili api (lebihkan kalo nak pedas)
* 1 sudu kecil ketumbar biji
*1 sudu kecil jintan manis
* 1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa (optional)
1 biji telur
Tepung gandum secukupnya untuk menyalut ayam.

-Cara-cara Bahan bertanda ( * ) perlu ditumbuk @ dikisar halus. Gunakan blender kering kalau nak kisar.
-Perap rempah yg siap ditumbuk @ diblender, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kari, garam dan perasa bersama ayam lebih kurang 1/2 jam. lagi lame perap lagi sedap.
-Panaskan minyak didalam kuali. sementara tu, pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam yg telah diperap tadi hingga rata.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga cukup menyalut ayam tadi.
-Goreng serta merta hingga garing.
-**Telur & tepung hendaklah digaul bersama ayam bile time nak goreng je. kalo arini perap, esok baru nak goreng, x perlu masukkan telur n tepung.



No comments:

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails