Thursday, July 2, 2009

POPIA BERINTI SARDIN



SALAM....
menu minum petang tadi.......angah suka makan popia ni.resepi c& p dari blog halen,tapi ada saya edit sikit.makasih halen...

bahan - bahan
Kulit popia
1 tin kecil sardin ayam brands (apa2 brand pun boleh)
1 biji bawang besar - didadu
3 tangkai cili padi - dihiris - saya tak letak
sedikit karot di potong dadu - saya tambah
sedikit kacang peas - saya tambah
Limau nipis
Garam
Kuning telur
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:

1. Asingkan sos dan isi ikan sardin, kemudian hancurkan isi ikan.
2. Kemudian masukkan, bawang besar, cilipadi dan perahan air limau nipis. Tambahkan garam untuk rasa. Kacau sebati.
3. Sudukan ikan sardin ke atas kulit popia dan balut kemas. Sapu hujung kulit popia dengan kuning telur sebagai gam supaya tidak terbuka.
4. Goreng di dalam minyak yang tidak terlalu panas, apabila kekuningan bolehlah diangkat dan ditoskan atas tisu dapur. Siap untuk dihidangkan.

2 comments:

Idayu said...

idea bagus gak ni..hihi.nti boleh cuba.tq kak :)

salamdariborneo said...

cuba lah,sedap nih....

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails