Sunday, July 19, 2009

MEE GORENG




SALAM...
buat untuk dinner,resepi dari kak jun MYR.untuk ika ...jangan jeles akak pun ada lada jeruk.dah lama terjeruk tau ,dari balik kampung hari tu lagi.al kisahnya terjadi lada jeruk ni sebab kat sini susah nak dapat cili api yang hijo aka cabai melaka.jadi beli rm 1 kat pasar langkawi ...selambak la pulak,dari dibiarkan ia menjerukkan dirinya sendiri lebih baik saya jerukkan cili tu.jom layannnnnnnnn......


Bahan-bahan ( 5 org makan )
500gm mee kuning
2 keping tauhu (goreng dan potong kecil2)
sedikit sawi dan taugeh
3 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
8 ekor udang dibuang kulit dan sedikit isi ayam
1-2 biji telur
minyak dan garam dan serbuk perasa jika suka

Cara-cara
-Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan sos cili.(jika suka pedas masukkan cili boh/cili yg ditumbuk).tumis hingga pecah minyak.
-Masukkan udang dan isi ayam. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap.
-Masukkan juga serbuk perasa jika suka. Kacau.
-Masukkan mee, sayur2an dan tauhu. Pecahkan telur dan gaul sebati. Angkat dan hidang mengikut selera.






haaa,ni untuk sesiapa yang nak makan mee goreng tu....buka mulut luas2,nak suap ni..........

2 comments:

cikmanggis said...

cikmanggis suka mee ni..minta sket hehe..

salamdariborneo said...

ala,dah habisss le.nanti saya buat lagi ye...hehehe

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails