Friday, July 3, 2009

MIHUN GORENG LADA HITAM




SALAM.....
ini masakan untuk dinner semalam,abang long & angah laju ja makan,so next time boleh buat lagi.repesi semestinya dari MYR - waheedeana

Bahan-bahan ( 1 family )
1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam ( Direndam terlebih dahulu )
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 sudu besar udang kering ( direndam terlebih dahulu )
( * ) bahan dikisar bersama
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu ( kecil )
1 paket fish ball dibelah dua
1 1/2 sudu makan lada hitam ( ditumbuk halus ) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
3 sudu makan sos tiram
secekak daun kucai - dipotong 2 inci
2 genggam taugeh
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk memasak

Cara-cara
-panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan
-masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit
-masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar
-masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak
-masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap
-akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati






2 comments:

Anonymous said...

Aduss..ramai pulak yg tayang bihun goreng sambal kicap hari neh... terliur weh.

salamdariborneo said...

buat la...bole makan sama2,jadi hari bihun sedunia la pila kan.hehe

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker