Monday, July 20, 2009

IKAN BAKAR PORTUGIS




SALAM...
Menu hari ni,ikan bakar portugis......gu dengan jantung pisang lemak cili api dan sambal belacan.perghh sedapnya........tapi tak best gak makan sorang2(dotrg semua pergi kerja & skool kan hari ni).hari ni kerja petang,kalau kerja petang memang masak awal.ni pun dah siap makan.n3 jantung pisang tu kendian ahhh.ikan bakar portugis memang sedappppp.dah ramai yang mencuba kan....saya guna ikan bulan,balance yang hari tu.resepi saya c & p dari blog kzana.halal ye kak.jom makan.......

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung.. ( sy guna 4 keping ikan bulan)
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil
Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis

cara:
1. lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
2. panaskan minyak ,tumis bahan2 kisar sehingga wangi
3. masukkan sos cili thai dan kacau rata ,bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
angkat
4. letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
sudukan sedikit kuah ,letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
5.taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
6. bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
7. boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper

source: puan norzailina nordin



2 comments:

blogresipi said...

Sedapnye.. ada masak lemak jantung pisang jugak ye kak... kite suke la lauk tue... ratah gitu jer pun boleh...

salamdariborneo said...

AKAK NI MEMANG MINAT MASAKAN KAMPUNG....JADI YANG KAMPUNG2 MEMANG MENAWAN KALBUKU...HEHE

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails